Ibu Bapa BABI




Ini adalah suatu kisah yang boleh dijadikan teladan utnuk kita semua dan ini adalah cerita benar. Kenalkah kita pada Nabi Musa? Untuk penambahan ilmu semua, Nabi Musa merupakan satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. 

Dipendekkan cerita, sampai jua Nabi Muda di tempat berkenaan. Setibanya di rumah berkenaan, pemuda itu sedang sibuk menguruskan sesuatu. Dia masuk di dalam bilik dan kemudian keluar sambil membawa seekor babi betina. Babi itu di dukung dengan cermat dan penuh kasih sayang. Nabi Musa mulai hairan. Setelah itu, pemuda berkenaan memandikan dan dan dilap hingga kering babi bertina berkenaan. Kemudian dibawa masuk ke dalam bilik. Seketika, muncul lagi pemuda itu dengan seekor babi jantan yang lebih besar. Seperti tadi, babi itu dicium dan ditatang dengan penuh kasih sayang.Setelah dimandikan, babi tersebut dihantar ke bilik kembali.

Setelah itu, baru lah dia berkesempatan untuk melayan Nabi Musa. 
"Wahai saudara, apa agama mu."
"Agamaku tauhid," yakni Islam.
"Mengapa kamu membela babi, kita tidak boleh berbuat begitu"
jawabnya.
.
.
.
.
"Mereka adalah ibu bapaku. Kerana mereka telah melalukan dosa yang besar maka Allah menukarnya menjadi babi yang hodoh rupanya. Namun itu adalah urusan mereka dengan Yang Maha Esa, aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku sepertimana yang kamu lihat tadi. Saban hari aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku," rintih pemuda berkenaan.





Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ''Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


.
.
.
.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


**************
Kita sendiri di masa ini bagaimana cara kita melayan kedua ibu bapa kita. Sanggupkan kita berbakti dengan kedua ibu bapa kita walau apa sekalipun enimpa mereka. Sedalam dan setinggi mana cinta dan sayang kita pada ibu bapa?




p/s : fikir-fkirkan dan selamat beramal..



Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN