May 5, 2010

10 Tips Diet Sihat

Badan langsing ke badan pear ke badan macam ikan buntal ke macam mak nobita ke, tu semua belakang parang punya cerita. Sebab macam-mana pun bentuk badan korang, korang still boleh mendapatkan badan yang sihat melalui tips-tips ni. Ain tak cakap ain ni sihat (mmg 'seyhat', haha) tapi tips ni boleh digunakan untuk kesihatan kita! Korang yang berhasrat nak diet banyak sket macam ain ni pun boleh apply tips ni..

1. Banyakkan sayuran dan buahan untuk makan berat pada waktu tengahari dan malam. Sekurang2xnya  separuh dari pinggan u ols.

2. Jika makan di luar, bawa balik setengah daripada makanan itu dan setengah lagi bleh santap di kedai berkenaan. " Bang. tulun bungkus!."

3. Kalau korang nak santap kekachang atau kerepek yang selalunya di letak dalam balang tu, sila letakkan dalam pinggan! Ini membantu untuk mengurangkan jumlah pemakanan dari korang duk kaut lam balang gergasi tu.

4. Isi pinggan dengan sayuran barulah diikuti dengan nasi dan lauk pauk nyer!

5. "makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"

6. Lebihkan sup! sebab sub yang jernih rendah kalori.

7. Jangan kasihan pada makanan. (alasan korang utk makan dan makan dan makan.. haha)

8. Senaman sebagai keutamaan! no excuse!

9. Menari = pembakar lemak. So think u can dance?

10. Tanam azam! " Saya mahu nikmati hidup lebih sihat!"

7 comments :

joegrimjow said...

saya minum herbalife je
;)

AyuE said...

tips yang no 7 tu susah sket nak ikot..haha

ainhamzah said...

@joegrimjow

aunt ain guna totalife..
haha
herbalife pun dah masuk senarai..
tp herbalife selling dia xgempak..
sebab xde byk trip utk dealer.. kihkih

ainhamzah said...

@AyuE

sumer payah rasanya.. hehe

Lepat Pisang said...

Lepat pun minum herbalife jer..maintain sihat dan cergas..he..he..apapun tip yang bagus!

ainhamzah said...

@Lepat Pisang

herbalife ad lagu tema x? sebab totalife ad lag tema.. haha

Joy Kalonas said...

secara teorinya, semua tips diet yg kita dengar di luar sana adalah berkenaan 'mengurangkan pengambilan' kalori (makanan) tapi 'meningkatkan penggunaan' kalori (aktiviti), dan semua ini bersamaan dengan weight loss.. adakah kita perlukan pil kurus dan jus mate 5 utk kurus? tidak.. apa yg kita perlukan hanya satu, iaitu ILMU..

Kesan low-carb diet hanyalah sementara. Kenapa?

Sebabnya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan lambakan diet-diet di luar sana (termasuk Atkins diet) boleh menyebabkan turun berat badan, melainkan pengurangan pengambilan Kalori (DCR) dalam sehari. Oleh yg demikian, mereka yg mengamalkan low-carb diet ni mungkin turun berat badan disebabkan KURANGNYA pengambilan satu macronutrient penting dalam diet, iaitu karbohidrat. Perlu ingat bahawa nilai kalori datangnya dari 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di 'keluarkan' dari senarai pengambilan sehari-hari, bererti telah mengurangkan pengambilan kalori beliau dalam sehari = turun berat badan.

Kesan jangka masa panjang jika kita kurang ambil karbohidrat = lethargic/lesu = metabolism rate jatuh = naik berat badan. Sebab tu saya selalu tengok, orang yg amal low carb, mungkin 1-2 tahun je kekal, pastu KOMPOM berat badan dia akan naik balik..

My tips berkenaan diet dan kesihatan
http://sususejat.blogspot.com