Maut yang hampir menjengah

Hari ini D.A bercuti dengan family ke SEKAYU. Korang yang tak tahu sekayu tu kat mana ni D.A nak bagitahu. SEKAYU tu punya la jauh dari Kuala Terengganu. D.A drive ngan kete kura-kura tu setengah jam lebey baru sampai. Mak cakap kat Kuala Berang (somewhere in Terengganu) tapi D.A tak berapa kenal pun Kuala Berang tu a.k.a KB.
Percakapan orang Kuala Berang 

tujuh yu pey = seven up
semuwey = semua
buleih = boleh

selebihnya boleh tanya afiq, senior D.A dari Kole Berang.

*************
Back to the topic (kembali kepada topik hangat tu). Hari ini merupakan hari yang tak akan dapat D.A lupakan. Hari yang amat menakutkan. D.A ingat D.A dah tak ada je tadi. Sebabnya D.A lemas!! Hoooo! Xpatot itu berlaku sebab D.A tahu berenang, kateh panjang seyh. 
Ceritanya macam ni, tadi D.A teman cousin D.A yang kecik-kecik ni... 6 tahun, darjah 4, darjah 6 and tingkatan 2 (promote pulak).
Cousin D.A ayng kecik tu nak ikut mandi of course la D.A kena layan dia, cian pulak kecik ni kan. Tengah duk D.A bawak dia tu kan, tak perasan plak port tu macam dalam. Serius!! dengan ketinggian D.A 180 cm.. okey aku tipu, 160 cm je tu sepatutnya mampu je melepasi kawasan maut tu. Tapi sebab budak ni duk tolak2x D.A, tak sempat nak bernafas. Betul-betul macam orang lemas tadi. Nasib baik kakak budak tu sempat datang and amik budak GEDIK ni. Lepas tu kakak budak ni plak terkapai-kapai. D.A dengan tangan yang terketar-ketar ni pun cepat-cepat g tolong kakak dia. Hurm, syahdu gila. Lepas tu abang budak tu bagitahu D.A dia pun nyaris nak lemas tadi tapi dia terkapai sorang-sorang. 
Kalau la kejadian tadi tu meragut nyawa D.A, kesian kat mama, tinggal sensorang. I just can't stop thinking bout that. Malam ni pun rasa tak tenang. Mesti hari ni mimpi buruk. Tadi baru je nak terlelap, boleh lak D.A termimpi macam D.A duk bangunan yang cukup tinggi sambil pandang ke bawah. Dulu D.A fobia ngan ketinggian, skunk tak dah. tapi hari ni cipta sejarah. 

Mesti ada sebab Allah nak uji macam ni, mungkin sebab D.A tak betul-betul hargai hidup D.A. Cousin D.A cakap tadi muka D.A merah gila! Ala, korang bayangkan lah kalau tak cukup oxygen macam mana? Sebelum ni D.A pernah fikir, kenapa orang lemas tak cuba berenang, bukan diorang tak tahu. Tapi serius! D.A boleh jawab setiap pertanyaan korang tu sebab D.A dah alami sendiri.

Alhamdulillah umur panjang lagi, kalau tak, tak sempat nak sambut birthday tahun ni. Tak sempat jugak korang nak buat contest dari D.A tu. hehe..

Jangan lupa join ye kengkawan. click here.


Comments

Unknown said…
Takperlah..lupakan perkara tu yer...bawa bertenang..bersyukur kepadaNYA kerana ain masih lagi bernafas di bumi ini..
Namio Oo said…
alhamdulillah..slamat..tuh la..xajak org..hahaah...gggrr
Adeq Aien said…
@Lepat Pisang

alhamdulillah..
rasa fobia yang payah nak ilang :D hehe
Adeq Aien said…
@Norfa Lyana

hoo.. len kali kne ajak nie

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN