Sahabat yang bernilai 10K

Pergh.. sahabat yang bernilai 10K. Sapa tu? Korang ke? OK berita terkini dan sensasi. Jangan luruh jantung korang kat sini sebab korang memang layak mendapat 10 K ni. 


Sahabat. Teman. Rakan. Kawan. Mereka adalah di antara insan-insan yang mampu memberi impak yang cukup maksima dalam hidup kita. Sedari remaja hinggalah kita meningkat menjadi dewasa, sahabat seringkali memberi pengaruh yang cukup besar. Samada yang positif atau negatif. 

Meh aku nak kecohkan pe bende K yang pertama

KECINTAAN
Korang ingat cintan cintun untuk aweks pakwe ke? Sekali skala cakap la tahap kecintaan korang kat kawan nama Senah tu. Kalo korang laki, pe salah cakap cinte korang terhadap persahatan korang ngan membe laki. Jangan over ko! Kang kena sembur lesbo/gay sentap.

K yang kedua untuk sahabat comel lote di dunia ni adalah


KASIH-SAYANG
Pe beza kasih sayang ngan kecintaan.. bila dah cinta korang kena la kasih pada sahabat2x. Kasih aku tak? Nak kasih macam mana ye, dengan bagi domain blog percuma tuk aku? Oh! Katakan tidak pada segalanya. Cukup la dengan korang doakan kebahagiaan aku fiddunia wal akhirah.(arabiyah bebeh)

KEIKHLASAN
Niat tu kena betul. Jangan nak berkawan kerana suaranya macam Siti. Jangan bersahabat kerana rupanya macam Saleem. Tapi berkawanlah kerana Allah. 

KESETIAAN
Jangan sebab dia pindah pi Acheh dan korang korang di Pahang, terus terpisah perhubungan tu. Lagipun Acheh tu kat Pekan je... *paham ke?

KEBERANIAN dan KEJUJURAN
Wak lu!! Kalau badan kawan dah bau macam petai basi tak kan korang nak diam diri je. Aku pernah face situasi ni. Slow talk ngan dia, tak ada hal la pas tu! Wangi semerbak kau!

KEMAAFAN
"Sorry wak," "Takpe, saya maafkan," --> kalo tak paham sila hentuk pala korang!

dalam KEGEMBIRAAN ada KESEDIHAN dan hadapilah keduanya bersama sahabat.

KESERASIAN
"Aku kawan ngan ko sebab ko cantik sama macam aku,"
"Ko kaya ar, jom kawan2x bley ko blanje aku, ayah aku pun anak datuk....datuk harimau,"
Selalu aku jumpa bebudak yang memilih kawan yang comey lote je, katanya tak sebulu ngan muke2x hodoh. Wak lu!! Sekejap je tuhan tarik !

Aku sayang sahabat yang mengutamakan 10K. Korang sebenarnya priceless tau!! tak ternilai!
A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails.

Comments

Farah Y said…
Salam singgah :) Came straight from GB.
Adeq Aien said…
trimas..
^^
GB addicts =D
rindunya pada sahabat lama....disebabkan hp dan simcard hilang kena curik, jadi no hp sahabt-sahabat lama turut hilang...huhu...susah nak contact ni...adeh
Adeq Aien said…
@Syuzana

ala ciannya...
^^
cuba contact diorang kat FB..
mesti jumpa
najihah said…
anda salah satu sahabat blogger yg saya senang sekali..

moga ukhuwwah bersemi selamanya..

ameen!
Adeq Aien said…
@TUKANG KATA

bangga skupang ngan kata2x TK..
fi blog wa realiti..
kiki..
sahabat selamanya..
sy juga senang dgn anda!

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KEGUGURAN AWAL

Pengalaman Bersalin Ketuban Darah

TANDA-TANDA BERSALIN